Posts

Showing posts from November, 2020

Falsafah Pendidikan Guru (FPG): Pemikiran dan amalan dalam profesion keguruan

Image
    1.0           Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia ·         Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. ·          Pendidikan guru yang sedia ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia.  ·         Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan guru di Malaysia iaitu: -         Menhasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan potensi murid. -         Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat. ·         Pada tahun 1982, Kementerian Pedidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru dengan rasminya. ·         Falsafah Pendidikan Guru digubal bertujuan untuk menjadi p