Posts

Showing posts from December, 2021

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

PENGENALAN Tingkah laku adalah merupakan tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku pula boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke suatu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu: sikap ingin tahu cepat belajar proaktif pintar cerdas Manakala bagi tingkah laku negatif terbahagi kepada tiga iaitu: distruktif disruptif sikap bergantung Disiplin adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta mendapatkan tingkah laku yang diingini. Asas disiplin dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu disiplin asas dan juga disiplin intrinsik : Disiplin asas meliba