PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

PENGENALAN



Tingkah laku adalah merupakan tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.


Pengurusan tingkah laku pula boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke suatu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.


Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.

  • Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu:
    • sikap ingin tahu
    • cepat belajar
    • proaktif
    • pintar cerdas
  • Manakala bagi tingkah laku negatif terbahagi kepada tiga iaitu:

    • distruktif
    • disruptif
    • sikap bergantung

Disiplin adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta mendapatkan tingkah laku yang diingini.

Asas disiplin dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu disiplin asas dan juga disiplin intrinsik:
  • Disiplin asas melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar. Disiplin asas termasuk mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi-institusi bukan formal dan formal yang wujud dalam masyarakat demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup seharian.
  • Manakala disiplin intrinsik atau kendiri adalah disiplin yang lahir daripada dalam individu. Disiplin intrinsik merangkumi sifat empati, mempunyai kesedaran sivik, moral, agama dan pergaulan yang tinggi dalam masyarakat.



TEORI BERKAITAN TINGKAH LAKU DISIPLIN

Punca berlaku salah laku dan disipilin pelajar dapat dikaitkan dengan tiga teori iaitu:

  1. Teori fungsionalisme
  2. Teori konflik
  3. Teori interaksionalisme


Terdapat empat jenis devian iaitu:

  1. Devian inovasi - suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah
  2. Devian ritual - tindakan mengulang-ulang sesuatu perbuatan
  3. Devian undur - seseorang yang tidak berminat dengan matlamatnya
  4. Devian menentang - menolak matlamat persekolahan




PUNCA BERLAKU MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR

Terdapat beberapa punca berlakunya kes disiplin di kalangan pelajar di sekolah yang didapati daripada hasil perbincangan ini termasuklah penggunaan gadjet, masalah keluarga dan juga didikan agama. 

    Seperti yang sedia maklum, pada zaman yang serba canggih ini sudah pasti gajet menjadi sesuatu peralatan yang penting dalam kehidupan harian. Dari kecil manusia telah didedahkan dengan adanya gadjet untuk kegunaan harian seperti berhubung dengan orang yang jauh, melihat drama dan lain-lain. Tetapi salah penggunaan gajet juga boleh menjadi salah satu punca berlakunya kes disiplin di kalangan pelajar. Ini adalah kerana lumrah manusia dari kecil adalah suka mencuba dan meniru sesuatu aksi yang baru bagi mereka.

    Seterusnya adalah masalah keluarga, ini juga merupakan salah satu punca berlakunya kes disiplin di kalangan pelajar. Seperti contoh pelajar melepak sehingga lewat malam, apabila berada di sekolah pelajar tidur dan sekiranya berlaku sesuatu pelajar menjadi baran dan mudah naik angin. Pelajar yang mempunyai masalah disiplin juga adalah seorang yang jauh dari didikan agama.

    Didikan agama adalah penting dalam kehidupan dari kecil hingga besar. Dengan agama, kita dapat belajar dan tahu mengenai adab, akhlak yang baik yang boleh diterapkan dalam diri manusia. Sekiranya didikan agam tidak diutamakan, sudah pasti kita akan melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.



LANGKAH MENGATASI SALAH LAKU DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR

Berikut beberapa saranan yang mungkin boleh diaplikasikan untuk mengurangkan masalah

disiplin pelajar :

Peranan ibu bapa :

  • Kawalan   yang   ketat   keatas   anak   mereka   dapat menghindarkan anak mereka terjerat oleh kelompok jahat, dadah, budaya kuning. Ini kerana jenayah kian menjadi-jadi.
  • Penglibatan aktif ibu bapa dalam semua aspek persekolahan   anak   membolehkan   mereka  mengesan   masalah-masalah   yang   dihadapi   oleh anak mereka. Ibu  bapa   juga   bertanggungjawab   bagi   mewujudkan  keadaan  yang  stabil   di   rumah supaya   kanak-kanak  tidak  terganggu   daripada   segi  emosi.  Keadaan  kucar   kacir   seperti pergaduhan  dan   perceraian  pasti   meninggalkan  kesan   yang   mendalam   ke  atas   anak-anak.
  • Penekanan pada aspek keagamaan perlu diutamakan oleh ibu bapa. Jika ibu bapa tidak berkesempatan untuk mengajar asas-asas agama kepada anak-anak mereka, wajarlah bagi mereka menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas fardu ain. Anak-anak yang tidak dididik dengan ilmu keagamaan yang cukup memudahkan mereka terdedah kepada gejala tidak sihat.

Peranan Guru :

·   Guru perlu mewujudkan hubungan yang harmoni antara  guru dan  pelajar. Guru-guru perlu mengubah sikap mereka supaya masalah yang timbul tidak  berlarutan. Ini bermakna guru perlu bersedia menghadapi dan mengelakkan pelanggaran disiplin berlaku di kalangan pelajar.

·    Guru-guru perlu cuba membantu murid yang bermasalah disiplin, menyediakan aktiviti-aktiviti yang kreatif, bertolak ansur, berdialog dan menyediakan tugas-tugas yang bersifat perseorangan sesuai dengan keperluan pelajar yang terlibat dalam disiplin.

Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) :

·     Fungsinya antara lain mewujudkan suasana yang selesa dan harmoni di sekolah. Namun  begitu, peranan yang dimainkan oleh PIBG sering dipertikaikan. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap ibu bapa itu sendiri yang kurang menunjukkan minat setiap kali mesyuarat PIBG peribadi ataupun urusan pekerjaan. Keadaan ini dapat diperbaiki sekiranya ibu bapa tidak mementingkan diri sendiri, tetapi turut meluangkan masa memberi perhatian dan kerjasama. Ibu bapa yang terdaya turut menghadiri forum, ceramah dan mesyuarat anjuran PIBG.

Peranan Kerajaan :

·   Peranan kerajaan dilihat lebih  kepada penguatkuasaan undang-undang bagi mengatasi hal  ini. Ia biasanya diletakkan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kementerian patutlah mengkaji, mengemas kini pekeliling-pekeliling mengenai disiplin dan meletakkan petunjuk-petunjuk tertentu bagi menghadapi masalah  disiplin di sekolah.

·    Terdapat cadangan menempatkan polis di sekolah. Ia dilaksanakan melalui program sekolah angkat dengan kerjasama bersama kementerian pendidikan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia dilihat sebagai usaha murni bagi memastikan sekolah mempunyai hubungan rapat dengan PDRM yang secara tidak langsung menjaringkan hubungan antara badan disiplin dan PDRM.

·  Pihak kerajaan perlu sedar kewujudan media berteknologi tinggi pada masa kini yang mudah mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan fikiran mereka. Paparan yang dikemukakan mendorong kepada keruntuhan akhlak remaja.



KESIMPULAN

Masalah disiplin para pelajar hari ini tidak boleh dipandang ringan kerana jika masalah ini tidak dikawal ia akan menjadi parasit dan virus dalam masyarakat. Keadaan ini boleh mengundang   kepada masalah lebih serius di masa hadapan seperti terorisme, mogok dan sebagainya. Semua ahli masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh atau menyalahkan pihak lain kerana masing-masing mempunyai peranan masing-masing. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, gejala ini dapat dibenteras dan visi kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 akan tercapai. Bak kata pepatah, “jika mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pembentukan emosi yang seimbang dalam diri remaja sangat penting kerana inilah yang akan mempengaruhi tingkah laku serta pemikiran mereka di masa depan.



Comments

Popular posts from this blog

Falsafah Pendidikan Guru (FPG): Pemikiran dan amalan dalam profesion keguruan