Falsafah Pendidikan Guru (FPG): Pemikiran dan amalan dalam profesion keguruan

 


 



1.0         Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia

·       Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi.

·        Pendidikan guru yang sedia ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia. 

·       Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan guru di Malaysia iaitu:

-       Menhasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan potensi murid.

-       Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.

·       Pada tahun 1982, Kementerian Pedidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru dengan rasminya.

·       Falsafah Pendidikan Guru digubal bertujuan untuk menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).


1.1         Pernyataan Kandungan Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia


Apa yang terkandung di dalam FPG ialah “guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan budaya negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.



Kandungan

Keterangan

Contoh

Berpekerti mulia

Sentiasa mengutamakan dan meletakkan kepentingan kepada orang lain melebihi diri sendiri dan keluarga.

Sentiasa prihatin dan ikhlas dalam memberi pertolongan.

Berpandangan progresif dan saintifik

Guru yang sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif. Mempunyai fikiran yang terbuka, berpandangan jauh serta memperkembangkan pengetahuan serta kemahirannya.

Kreatif dan berusaha dalam mempelbagaikan teknik pengajaran.

Bersedia menjunjung aspirasi negara

Berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum kearah pencapaian aspirasi negara dan mendahulukan kepentingan negara dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.

Taat kepada arahan dan utamakan dasar KPM.

Menyanjung warisan kebudayaan negara

Guru sebagai role model atau contoh bagi mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara agar menjadi ikutan dan teladan kepada murid, ibu bapa, dan masyarakat.

Menunjukkan contoh yang baik.

Menjamin perkembangan individu

Sentiasa memastikan setiap murid dapat mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Memberikan peluang kepada murid dalam memilih minat mereka, menyatakan idea secara bebas.

Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu

Memastikan keharmonian dalam masyarakat majmuk dalam setiap aktiviti dengan menekan unsur bersatu padu antara kaum.

Menerapkan elemen perpaduan dalam setiap aktiviti di sekolah.

Memelihara suatu masyarakat yang demokratik

Sentiasa memberikan peluang kepada murid untuk membuat keputusan dan berlaku adil dalam membuat keputusan serta bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar.

Membimbing murid ketika membuat keputusan.

Memelihara suatu masyarakat yang progresif

Memberi penekanan kepada aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi membentuk murid yang dapat berfikir secara progresif dan saintifik.

Memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta agar sentiasa berpandangan jauh.

Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin

Memastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi nilai-nilai etika serta peraturan yang diterap untuk dipatuhi oleh murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang dan berdisiplin.

Penerapan semangat patriotik dalam diri setiap murid.

 

         






2.0 Falsafah Pendidikan Guru Menjadi Teras Kepada Pembentukan Pemikiran dan Amalan Guru-guru dari Aspek Pengetahuan, Keterampilan, Sahsiah dan Etika guru.


i.              Ilmu Profesional Guru

Shulman (1986), menggariskan kepada 7 kategori pengetahuan yang mesti dihayati dan dikuasai untuk menjadi guru profesional:

·      Pengetahuan tentang pedagogi umum

·       Pengetahuan tentang kandungan subjek

·       Pengetahuan tentang pedagogi kandungan subjek

·       Pengetahuan tentang kurikulum

·       Pengetahuan tentang pelajar

·       Pengetahuan tentang konteks pendidikan

·       Pengetahuan tentang falsafah, matlamat, tujuan dan nilai pendidikan.

 

ii.            Kemahiran Guru

Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran mengurus bilik darjah, menggunakan metodologi pengajaran, membina dan mengguna bahan bantu pengajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga mesti mempunyai kemahiran-kemahiran berikut:Kemahiran teknologi

·       Kemahiran Teknologi

·       Kemahiran profesional

·       Kemahiran komunikasi

·       Kemahiran interpersonal

·       Kemahiran intrapersonal

 

iii.          Kemahiran dan Sahsiah Guru

Nilai adalah sesuatu yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang:

·      Penyayang

·       Berpekerti mulia

·       Berdaya tahan

·       Patriotik

·       Inovatif

·       Kreatif

·       Motivatif

·       Patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan









 3.0     KERJAYA GURU SEBAGAI PROFESIONAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM.

DEFINISI PROFESION:

·       Kamus Dewan IV (2005): Profesion ialah suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan yang tinggi dan latihan khusus.

 

·       Johnston & Cruess (2004): Profesion ialah pekerjaan yang melibatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang komplek.

 

·       Lieberman (1956): Profesian sebagai satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan intelek,latihan ikhtisas yang mencukupi,khidmat yang diperlukan oleh masyarakat,mementingkan kualiti perkhidmatan,mempunyai kod etika dan mempunyai organisasi sendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan profesion.

 


3.1      KRITERIA PROFESION KEGURUAN SEBAGAI KERJAYA PROFESIONAL.

 

 

KERJAYA UNIK

 

       Hanya guru yang berkemampuan memberi perkhidmatan terbaik untuk membangunkan personaliti,kebolehan intelek,rohani ,emosi dan jasmani pelajar secara menyeluruh kerana guru pakar yang terlatih.

 

 

 

 

 

 

TAHAP PENDIDIKAN YANG TINGGI

 

       Seorang guru perlu menjalani tempoh pengajian di institusi pendidikan guru dalam tempoh 4-5 tahun untuk mendalami 3 komponen iaitu:

1.     Pengetahuan dan kefahaman: tentang konten,kurikulum,pelajar, falsafah & matlamat pendidikan.

 

2.     Kemahiran kaedah dan teknik: pedagogi umum,pedagogi kandungan,pengurusan bilik darjah, ICT.

 

3. Amalan nilai profesional: amalan nilai-nilai murni,perlakuan guru,berpekerti mulia, patriotik dan sebagainya.

 

 

 

LATIHAN YANG LAMA

 

       Bidang kerja professional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul.

       Seseorang perlu mendapat latihan ikhtisas sebelum menceburkan diri atau bekerja di dalam bidang tersebut

       Latihan ikhtisas membolehkan mereka mahir dan faham akan tanggungjawab semasa melaksanakan tugas.

 

 

 

 

 

 

 

KOD ETIKA PERKHIDMATAN

       Etika ialah satu sistem yan berkaitan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.

       Sistem yang meliputi aspek-aspek moral yang baik dan buruk dengan tujuan memberi garis panduan.

       Konteks perguruan,etika yang dipegang oleh KPM ialah “Tatasusila Profesion Keguruan” iaitu:

1.     Tanggungjawab terhadap pelajar.

2.     Tanggungjawab terhadap ibu bapa.

3.     Tanggungjawab terhadap masyarakat & negara.

4.     Tanggungjawab rakan sejawat & profesion perguruan.

 

       Etika tersebut menjadi garis panduan dan dasar yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan.

       Seseorang yang melanggar etika akan dikenakan tindakan tatatertib.

 

 

 

 

 

PERSATUAN

       Suatu badan atau organisasi yang terdiri daripada pelbagai jawatan kuasa yang berusaha untuk mencapai matlamat dan meningkatkan imej profesion

       Badan organisasi mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap ahli-ahli yang melanggar kod etika.

       Contoh persatuan guru Malaysia: Koperasi Guru-Guru Malaysia, Yayasan Guru Malaysia Berhad,Persatuan Guru Vokasional & Teknik Malaysia.

 

 

 

TANGGUNGJAWAB

       Ahli suatu profesion diamanahkan dengan tanggungjawab terhadap smua tindakan yang dibuat.

       Perkhidmatan yang diberikan oleh professional melibatkan kebajikan manusia maka tanggungjawabnya amatlah berat.

 

 




  4.0     STANDARD GURU MALAYSIA

·       Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).

·       Sebagai panduan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.

·       Dilancarkan pada tahun 2009 oleh TS Muhyiddin Yassin (Menteri Pendidikan ketika itu)

·       Menggariskan kompetensi profesional yang mesti dimiliki oleh guru Malaysia.

·       Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama.

·       Pembangunan sistem pendidikan mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama KPM dan KPT.


4.1     Rasional Penggubalan SGM

·       Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional yang berkesan.

·       SGM menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysia Qualification Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi. 


4.2     Tujuan Penggubalan SGM

·       Mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

·       Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai. 

·       SGM akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.


4.3     Asas Penentuan SGM

·       Misi Nasional

·       Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

·       Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

·       Tatasusila Profesion Keguruan

·       Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

 

 

4.4     Kerangka SGM: Komponen




 

S1 : memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial yang patut ada pada seseorang guru.

S2 : memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum, dan kokurikulum yang patut ada seseorang guru.

S3 : memperincikan kompetensi kemahiran pdp yang patut dikuasai oleh seorang guru.

 

K1 : Memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.

K2 : Memperincikan program latihan, sistem pemantauan, pentaksiran dan penilaian.

K3 : Memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

K4 ; Memperincikan prasarana pdp, informasi dan komunikasi bagi mengoptimumkan kecekapan dan keberkesanan program latihan.

K5 : Memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan strategi, prosedur aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.




Ahli Kumpulan:


1) Muhammad Nur Iman Ramadhan Bin Masni 

    (D20201093580)


2) Saiful Adam Bin Ramli

    (D20201093581)


3) Nurul Nadzirah Binti Maserun

    (D20201093582)


4) Iqbal Zahin Bin Samsul Kamal

    (D20201093583)


  

 

 

Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN